selamat datang di blog kassyafah "LIQO"
berisi tentang Pembahasan Liqo tiap minggunya DAN Kajian-kajian islami.
kritikan dan saran sangat diharapkan untuk pembuatan blog yang lebih baik.
semoga bermanfaat untuk semua......!

Sabtu, 12 November 2011

PENGHIANATAN CINTA

CINTA ITU SUCI MURNI.. CINTAILAH CINTA!
Setelah membaca senario sedih dan duka di atas, marilah kita fahami pula apa itu makna CINTA sebenar. Pada hari Ahad yang lepas saya telah diminta untuk menyampaikan Tazkirah Subuh bertajuk CINTA kepada para peserta Kem Motivasi Titian Kasih bertempat di Kampung Sukan Petronas Miri. Melalui ceramah ini saya mengajak para peserta untuk sama-sama berusaha dengan sehabis daya menCINTAi CINTA! Alhamdulillah, di dalam beberapa ceramah-ceramah saya sebelum ini, saya pernah memberi definisi kepada CINTA melalui akronim seperti berikut:
                 C - Cintailah CINTA
                 I - Impikanlah Syurga Melalui CINTA
                 N - Nikmatilah Bahagia Hasil Dari CINTA
                 T - Tanpa CINTA Hidup Derita
                 A - Abadikanlah CINTA
Seterusnya di dalam ceramah tersebut juga, saya telah mengajak para pendengar (dan mungkin juga melalui entry ini saya suka mengajak tetamu ziarah yang budiman sekalian) untuk sama-sama kita menghayati cerita-cerita CINTA yang menggoncang jiwa dan mampu meningkatkan nyala rasa. Mari kita lihat kisah-kisah benar dan nyata yang membuktikan pengorbanan demi CINTA. Semoga kita juga akan beroleh kekuatan untuk memperolehi CINTA sehebat ini. Marilah berjuang kerana CINTA! Mudah-mudahan kita beroleh taufiq dan hidayah untuk mencapai keagungan CINTA sepertinya. Amiin Ya Rabbal Alamin.
C.I.N.T.A. - Cintailah CINTA!
Dr. Aidh Abdullah Al-Qarni di dalam bukunya Dhahaya AL-HUBB telah menukilkan dengan amat indah tentang CINTA. Sesungguhnya, dengan CINTA wajah terlihat ceria, dua bibir tersenyum merekah dan mata berbinar bahagia.
CINTA adalah hakim dalam mahkamah dunia; dialah yang menghakimi para kekasih meski ia curang dan memberi kata putus bagi kepentingan orang-orang yang CINTA meski berlaku zalim.
CINTA menghantar kepala orang-orang yang berperang terpancung dan kemudian kepala itu bergolek ke bumi bagaikan wang dinar yang ditabur. CINTA pada prinsip yang utuh menjadikan nyawa mereka tidak gentar melintasi tajamnya pedang. Dan, CINTA pada risalah yakni misi suci membuat darah mereka mengalir deras membasahi bumi. Sungguh Inilah ertinya CINTA!
Berikut ini, suka untuk saya kongsikan dengan tetamu ziarah yang budiman sekalian, empat kisah CINTA yang amat menyentap rasa dan membakar semangat keIslaman saya. Saya yaqin dan percaya tetamu ziarah yang beriman sekalian juga akan merasai rasa yang sama seperti yang saya rasa. Wallahi inilah 4 kisah CINTA orang yang menCINTAi CINTA. Kisah-kisah yang dipetik dari buku Road To Success karya Dr. Aidh bin Abdullah al-Qarni ini amat sewajarnyalah dihayati, diteladani dan dirindui oleh hati-hati orang Mukmin dan seluruh penCINTA!

Kisah 1: Cuba perhatikan kepada Habib bin Zaid r.a., seorang pemuda yang cerdik dan cerdas yang dengan ketegarannya berangkat menemui Musailamah Al-Kazzab si nabi palsu, lalu Musailamah memintanya untuk kembali dari agamanya (murtad dari agama Islam), tetapi dia menolak. Maka Musailamah memotong sebahagian dagingnya sehingga dia terjatuh ke tanah, namun Habib tetap menolak untuk murtad. Lalu dipotong lagi sebahagian dagingnya, namun dia tetap tegar dan menolak untuk murtad dan untuk kali ketiga dagingnya dipotong lagi hingga seluruh jasadnya habis terpotong! Semuanya ini dilakukannya semata-mata kerana CINTA!
Kisah 2: Cuba perhatikan lagi Abdullah bin Hadzafah As-Sahmi r.a. yang pergi berjumpa dengan raja Parsi, ada yang mengatakan menghadap raja Romawi, lalu dia melihat jasad-jasad kaum Muslimin yang direbus di dalam kuali-kuali besar. Maka si raja berkata kepadanya: Mahukah kamu kembali dari agamamu (murtad dari Islam) dan kamu akan mendapatkan setengah dari kerajaanku?! Dengan tegar Abdullah mengatakan: Demi Dzat yang tidak ada Tuhan selainNya, seandainya kamu memberikan semua kerajaanmu dan kerajaan bapa dan nenek moyangmu, supaya saya kembali sedikitpun dari agamaku, saya tidak akan melakukan hal itu! Bahkan lebih dari itu lagi, sebahagian kaum Muslimin ada yang dibakar dengan api, namun mereka tetap tegar mempertahankan kalimat Laa Ilaaha IllalLah, Muhammadur Rasulullah sehingga mereka menemui ajalnya. Semua ini pastinya kerana CINTA! 
Jagalah Allah, Allah pasti menjagamu!
Kisah 3: Cuba hayati lagi tegarnya seorang Khubaib bin Adi r.a. yang dibawa menuju tiang gantung, tetapi dia dengan penuh keyakinan dan iman yang kuat sempat mendendangkan beberapa bait syair perjuangan dan pengorbanan:
Saya tidak akan peduli, bagaimanapun bentuk kematianku ketika menghadap Allah.. Selagi kematianku sebagai seorang Muslim kerana Allah semata.

Kalau Sang Pencipta mengkehendaki, Dia akan memberkati serpihan-serpihan tubuhku dan percikan-percikan darahku yang tercincang dan berserakan!
Hingga akhirnya, Khubaib r.a. menemui kesyahidannya dalam keadaan iman yang tegar, tidak murtad dari agamanya. Ketika Khubaib r.a. berada di tiang gantung, Abu Sufyan bin Harb berkata kepadanya: Wahai Khubaib, relakah kamu sekiranya Muhammad SAW berada pada tempatmu ini? Khubaib r.a. menjawab: Demi Allah yang jiwaku dalam kekuasaanNya, saya tidak akan rela berada di tengah-tengah harta dan keluargaku, sementara Nabi Muhammad SAW terkena duri sekalipun! Sungguh.. Semuanya ini hanya kerana CINTA!

Kisah 4: (Kisah ini adalah kisah yang amat meruntun jiwa saya, semoga tetamu ziarah sekalian juga turut merasai demikian hendaknya). CINTA memang penuh misteri. Para pahlawan selalu maju ke medan perang dengan jiwa dan raga untuk meraih cita-cita dan CINTA yang tinggi. Adalah dikisahkan bahawa Imam Hadith An-Nablusi terbunuh ditusuk pisau tajam di jalan Allah. Setiap kali tusukan itu mengenainya, ia berkata, Allah, Allah, Allah!. Kemudian ia meninggal dunia dengan mengatakan, Allah, Allah!.. Ahli sejarah mengatakan bahawa ketika darahnya mengering, tertulis di atas tanah kalimat Allah, Allah, Allah!. Wallahu alam. Sungguh semuanya ini adalah bukti CINTA! 

C.I.N.T.A. - Impikanlah Syurga Melalui CINTA

Tetamu ziarah yang budiman, sungguh para Sahabat radhiyalLahu anhum ajmain merindukan Syurga! Mereka menCINTAi manhaj dan penuntunnya, menCINTAi risalah dan pembawanya, serta wahyu dan Dzat yang menurunkannya. Hanyasanya kerana CINTAlah mereka melintas di antara hujung anak panah untuk mencari keredhaan Allah di dalam Perang Badar, Uhud dan Hunain. Mereka meninggalkan makanan, minuman dan syahwat di tengah gejolak panasnya kota Makkah dan Madinah. Mereka menjauhi tempat tidur di sepertiga malam terakhir dan mereka menginfakkan apa jua yang mereka miliki semata-mata untuk mencari redha Kekasih Agung, Allah Azza Wajalla.

Dengan CINTA, Haram bin Milhan ra. berseru bangga saat terbunuh, Sungguh aku beruntung, demi Tuhan Yang Memiliki Kaabah!

Dengan CINTA, Umair bin Hummam r.a. bergegas menuju Syurga seraya berkata, Sungguh kehidupan terlalu lama, jika aku tetap di sini sampai menghabiskan kurma-kurma yang aku bawa ini!

Dengan CINTA, Abdullah bin Amr Al-Anshari r.a. berseru, Ya Allah SWT, ambillah darahku hari ini, hingga Engkau redha padaku!

Dengan CINTA, Ibnu Tharmuh berkata, Ya Allah, jangan wafatkan aku di atas katil rumahku, namun matikanlah aku oleh pedang orang-orang kafir.

Demi CINTA terhadap Deenul Islam, Thalhah r.a. dan Zubair r.a. telah melegendakan riwayatnya di bumi Badar kerana ingin meraih redha yang Maha Perkasa dan Maha Mulia. 


__________________
Sayang..Jangan ditanya sebanyak mana pengorbanan yang telah aku lakukan.... Kerana aku sendiri tidak pernah mengiranya... Tetapi, Seandai pengorbanan itu tak dihargai... Perlukah aku berkorban lagi sayang????

ORANG MUNAFIK

pernah kah kita berfikir???
kita sudah masuk orang baik-baik apa orang munafik???
bila kita melihat ciri-ciri orang munafik mungkin tiap hari kita termasuk dalam glongan orang munafik

Rasulullah SAW pernah bersabda mengenai ciri-ciri orang munafik. Pada orang munafik minimal ada satu ciri, sedangkan munafik tulen memiliki ketiga-tiganya. Ketiga ciri tersebut adalah
  1. Bila berbicara selalu bohong.
    Orang seperti ini tidak bisa dipercayai dalam setiap perkataan yang diucapkannya. Bisa jadi apa yang dibicarakan tidak sesuai dengan hatinya.
  2. Bila berjanji, tidak ditepati
    Orang munafik sulit untuk dipercayai perkataan dan perbuatannya
  3. Bila diberi kepercayaan selalu berkhianat.
    Orang munafik sulit diberikan kepercayaan. Setiap kali kepercayaan yang diberikan tidak dapat dia jaga dengan baik.
Semoga Allah SWT senantiasa melindungi kita dari sifat-sifat munafik dan kejahatan orang-orang munafik..
tetaplah berusaha agar kita tidak tergolong orang munafik